Negara Paling Murah di Dunia

Paraguay 

Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay ,iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.

 

 

 

Zimbabwe

Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas system kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai mata wang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.

 

 

#1 of Tourist Attractions In Argentinaa_PN-Los-Glaciares,-Santa-C

 

Argentina

Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatic daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh didapati dengan harga hanya satu per tiga daripada nilai yang dijual di negara lain.

 

 

 

Filipina

Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di university tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.

 

 

Pakistani AdventureSATGARA-MANDER-PIND-DADAN-KHAN

 

Pakistan

Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, matawang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibukota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!

 

 

 

Advertisements
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: