Hotel Panda

 

Sebuah hotel bertemakan beruang Panda telah dibuka di bandar ini, di barat daya China pada minggu ini, lapor akhbar Huffington Post. Hotel tersebut dibina untuk menarik kehadiran pelancong asing ke negara itu.

 

 

Menurut akhbar China Daily, hiasan dalam hotel tersebut dipenuhi dengan beraneka perhiasan yang berkaitan dengan beruang Panda. Hotel tersebut merupakan hotel pertama di dunia menjadikan beruang Panda sebagai tema hiasan dalamannya.

 

 

 

”Saya harap semua hiasan dalaman bertemakan beruang Panda ini dapat membantu orang ramai untuk kembali merasai seperti berada di alam semula jadi dan membantu mencapai kebahagiaan yang mudah dan sebenar,” kata pengurus hotel tersebut.

 

 

 

Hotel berkenaan terletak di kaki Gunung Emei. Laman web Gbtimes.com melaporkan, setiap bilik di hotel itu mengandungi arca beruang Panda. Harga bilik di hotel itu bermula dari 300 (RM182) sehingga 500 yuan (RM305) untuk penginapan selama satu malam.

 

 

Pelancong sering berkunjung ke pusat santuari  panda gergasi di barat daya Sichuan wilayah China, di mana lebih daripada 30% daripada baka panda terancam di dunia terletak disini.

 

Advertisements
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: